Buat makluman semua, Bekam MyMofit bukan sahaja memberikan khidmat Bekam (Hijamah) malah dalam Pakej Bekam MyMofit kami memasukan dalam terapi tersebut beberapa rawatan lain dalam set terapi Bekam MyMofit. Anda turut akan turut merasai rawatan lain seperti urutan tradisional, Urutan Sukan, Pembetulan Tulang, Dry Needling dan BEKAM seperti bekam tarik dan luncur, sebelum bekam basah dilaksanakan. Namun begitu ia mengikut persetujuan dan kemahuan anda. Kami hanya memberikan yang terbaik,
|
Urutan
TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan.
|
|
Pembetulan Tulang Belakang
Fisioterapi tulang belakang adalah rawatan untuk menghilangkan rasa sakit, ketegangan otot di mana-mana bahagian belakang tubuh. Kesakitan itu boleh menjalar ke bahagian punggung atau kaki jika tidak mendapatkan rawatan ini
|
|
Dry Needling
‘Dry needling’ adalah teknik rawatan moden yang menggunakan penggunaan jarum halus secara tunggal bagi membantu melegakan otot yang sakit. Jarum halus dicucuk ke dalam otot untuk mengurangkan otot yang bersimpul bagi membantu meredakan sakit dan meningkatkan fungsi otot.
Namun sebelum rawatan lain dimulakan anda akan disedahkan pada rawatan Sunnah Bekam atau Hijama dalam bahasa arab. Ini adalah adalah usaha saya untuk memuliakan rawatan yang amat digalankan daklam agama Islam. Yakinlah dalam Hijama ada keberjatanya. Pesakit akan didiagnos kemudian akan di bekam kering dahulu dan bekam basah mengikut perbincamgan awal dengan pesakit.
TTAHUKAH ANDA BANYAK KAJIAN YANG DILAKUKAN MEMPERAKUI BAHAWA BEKAM BERPERANAN DALAM: 1. MEMBANTU MENINGKAT PENGALIRAN DARAH. 2. MENGURANGKAN NYERI 3. MELEPASKAN ENDORFIN 4. MENDORONG RELAKSASI 5. MEMBUANG TOKSIN MELALUI PERMUKAAN KULIT.
Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2015, Prof. Dr Abdul Aziz Al-Safi Ismail Ketua Penyelidik Bekam Klinikal Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan mengakui terapi bekam basah berkesan dalam menangani tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).
|
|
Bekam luncur
Bekam luncur merupakan salah satu bekam angin yg tidak melibatkan pengeluaran sebarang darah dan jarum
|
|
Bekam Basah
Bekam basah merupakan teknik yang menggabungkan penyedotan dan pengambilan darah untuk menghilangkan racun berbahaya dari tubuh secara efektif.
Berpengalaman lebih daripada 10 tahun menimba ilmu dari pelbagai Pusat Rawatan dan mengamalkanya secara sambilan dan kini dibuka kepada orang awam. Antara sijil yang diperolehi adalah : 1. Sijil Bekam by HPA dan Raja Bekam 2. Sijil Urut Tradisional by Bekam Tawakal 3. Sijil Massage and Mind Therapy by CGM 4. Sijil Pembetulan Tulang Belakang HPA by HPA 5. Sijil Accupunture Seri Wajah by HPA 6. Sijil Yumeiho Dan 1 by Yumeiho HQ. 7. Sijil Pembetulan Tulang Belakang Safiro by Bekam Tawakal 8. Sijil Manual Therapy Course by Revitalise Academy 9. Sijil Totok Saraf Jari Petir by Akademi Qalam 10. Sijil Physical Bone Adjustment Course by Matin Therapy 11. Sijil Al-Fasdhu by Avicenna Academy Malaysia 12. Sijil Dry Needling by Revitalise Academy 13. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bekam Angin by JPK Kementerian Sumber Manusia
Secara bahasa mudahnya, Urutan dan bekam saling melengkapi. Urutan untuk mengurangkan keletihan dan tekanan dan melembutkan otot, manakala Bekam mengeluarkan darah toksik, dan melancarkan darah dalam badan.. Tambahan pula, ia merupakan satu amalan SUNNAH Rasulullah SAW.
Antara hadith-hadith tersebut adalah :
1. Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199] Riwayat Ahmad no.hadith 1987]
2. Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda: أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. |
[Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]
3. Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”.
[Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]
4, Daripada Abdullah bin Abbas :
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah.
[Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]
5, Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”.
[Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]
Penutup
Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuatan kepada kita agar dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.
No comments:
Post a Comment