Total Pageviews

Sunday, August 8, 2010

BAHAGIAN CUKAI DALAMAN WPKL


 MULAI 5 JULAI BERMULALAH TUGASAN ANA DI BAHAGIAN CUKAI DALAMAN WPKL. INSAALAH KULO AKAN BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH UTK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG CD. ANA ANGGAP IA SEBAGAI SATU PENGAJAN DISATU INSTITUSI UNTUK KULO AMBIL PERINGKAT SIJIL DALAM BAHAGIAN INI. ANA AKAN BELAJAR SEGALANYA.KERANA KULO PERCAYA IANYA ADA KAITAN DALAM KERJAYA ANA DIMASA HADAPAN. DOAKAN KEJAYAAN ANA YO...

SEMASA PELANCARAN OPERASI LESEN RUMAH AWAM 28 JULAI 2010.

Sunday, July 4, 2010

SEJARAH PERSEKOLAHANKU

SEK.KEB.SERI SEKAWAN DESA,PONTIAN,JOHOR
1971-1976

SEK.MEN.AYER BALOI,PONTIAN JOHOR
1977-1981

SEK.MEN.DATO PENGGAWABARAT,PONTIAN,JOHOR
1982-1983

UiTM SHAH ALAM
1996-2001

Friday, May 28, 2010

PENYAKITKU - SAKIT TULANG BELAKANG

Pada tahun 1996, saya telah disahkan oleh Doktor Di Universiti Hospital saya mengalami satu penyakit yang asing pada masyarakat semasa itu iaitu "Slip Disc". Baru ku tahu betapa siksanya mereka yang menerima dugaan Allah seperti ini. "Operation"  telah dijalankan di Hospital PUSRAWI, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.  Dalam proses rawatan yang berterusan samada melalui Fisiotaraphy atau Perawat Persendirian. Dalam usaha untuk memberikan tahap kesihatan ketahap maksimum dan dengan izin Allah saya mulai belajar kendiri dalam memartabatkan "Kesihatan & Diri". 

Secara umum,tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang,iaitu 12 di bahagian toraks atau dada,7 di bahagian tengkuk dan 5 di bahagian tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

Kenalpasti sakit yang dialami, jika sakit dengan rasa tidak selesa berlangsung untuk beberapa hari, mungkin kesakitan anda tidak serius. Namun anda perlu prihatin andai ianya berlarutan untuk tempoh yang panjang hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki. Anda mungkin sedang mengalami disc tergelincir (spinal disc herniated/prolapsed) di bahagian tulang belakang.
Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Sakit di tulang belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu spinal disc herniated/prolapsed dan spondylosis. Spinal Disc Herniated atau disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc intervertabral). Disc intervertabral boleh diumpamakan sebagai sekeping tulang lembut yang berada di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalam tisu ini terkandung sejenis bahan yang lembut disebut (nucleus polposus).

Apabila berlaku kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan berlaku kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya ia akan menjadi bengkak dan seringkali pecah pada disc intervertabral. Pembengkakan yang berlaku ini akan menekan urat saraf di belakangnya,lebih serius lagi apabila annulus fibrosus pecah dan mengeluarkan isinya (nucleus polposus) dan menekan urat saraf. Tisu yang mengandungi bahan ini (nucleus polposus) adalah bahan yang bersifat inflammatori (peradangan). Apabila ini berlaku pesakit akan merasai kesakitan yang teramat sangat dan merebak hingga ke kaki. Pesakit juga akan merasa kebas dan lemah kaki.


Apakah fungsi disc intervertebral ini?
Disc intervertebral berfungsi sebagai penyerap hentakan apabila kita melakukan aktiviti seharian samaada melompat atau hentakan. Disc intervertebral juga boleh berlaku di bahagian lain seperti leher tetapi kes yang biasa berlaku adalah di pinggang.


Tulang belakang mempunyai fungsi yang sangat besar di dalam keseluruhan pergerakan dan sistem yang ada di dalam badan. ALLAH melengkapkan saraf tunjang ini dengan fungsi yang luar biasa hebat sehingga untuk beriman kepada ALLAH cukup dengan melihat di tubuh badan kita sahaja. InsyaALLAH kita akan membincangkan lagi kaitan di antara tulang belakang dan semua organ yang ada di dalam tubuh kita.InsyaALLAH.


Bagaimanapun, semakin meningkat usia seseorang, semakin rendah proses penyembuhan semula jadi berlaku.
Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, disc tergelincir dianggap gangguan yang biasa berlaku.
Selepas usia 40, disc menjadi lebih keras kerana kehilangan air dan kurang kenyal (senang pecah). Namun, pokok pangkalnya jelas Dr. Lim, ia bergantung kepada bagaimana kita menjaga pergerakan fizikal dengan mengikut posisi sewajarnya bagi mengelak disc tergelincir.
“Perlu diingat disc tergelincir mengambil masa yang panjang untuk terjadi. Pergerakan yang tidak dikawal terutama ketika duduk, baring, bersandar, mengambil dan mengangkat barang menyumbang kepada masalah ini untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Rawatan terkini
Bergantung kepada tahap kecederaan jelas Dr. Lim, jenis rawatan untuk pesakit berbeza.
Ia bermula dengan rehat secukupnya bagi melegakan tekanan untuk kecederaan ringan dan membolehkan disc melalui proses penyembuhan semula jadi. Biasanya mengambil masa lebih kurang enam minggu.
Pesakit juga boleh mengambil tiga jenis ubat bagi melegakan kesakitan ringan, antibiotik dan ubat penenang.
Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, lebih 70 peratus pesakit pulih selepas 12 minggu tanpa menjalani pembedahan, ujar beliau.
Menjalani rawatan fisioterapi adalah satu cara yang berkesan. Namun seandainya rawatan di atas tidak berjaya, pesakit perlu menjalani pembedahan yang sesuai bagi merawat masalah mereka.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa terdapat pesakit masih mengalami kesakitan walaupun selepas dibedah?
Kata Dr. Lim. “Ini disebabkan rawatan yang tidak betul diberikan kepada mereka. Paling utama adalah merawat bahagian disc yang koyak supaya bahan jeli yang menyebabkan saraf berasa sakit tidak mengalir keluar dan menekan saraf.”
Antara rawatan pembedahan yang biasa digunakan:
l. Pembedahan invasif minimal Intra Discal Electro Thermal (IDET) dengan cara mengecilkan kawasan benjolan pada disc menggunakan tenaga haba.
2.Nucleoplasty untuk kecederaan tidak begitu serius. Menggunakan sejenis bahan seperti jarum panjang dimasukkan ke bahagian tulang belakang (tempat masalah), doktor akan membuang lebihan tisu pada disc menggunakan tenaga radiofrekuensi. Kaedah ini hanya mengambil masa kira-kira 60 minit atau kurang. Namun nucleoplasty tidak boleh dilakukan andai disc terlalu sempit atau tulang belakang tidak stabil dan berada pada kedudukan sewajarnya.

Rawatan terkini PercuDyn
Secara klinikal, bahan ini berkebolehan merawat disc tergelincir dengan mengurangkan pergerakan tambahan dan tekanan antara disc di kawasan yang dirawat tanpa menyebabkan kesan degeneratif jangka panjang. Ia seakan satu skru berputar yang boleh dipasang pada semua paras tulang lumbar termasuk L5-S1.
Nasihat Dr. Lim:
l. Masalah disc tergelincir kebanyakan berpunca daripada kecuaian sendiri yang tidak mengambil berat tentang postur badan dan cara pergerakan.
2.Masalah yang berpunca daripada kemalangan juga boleh diatasi secara perlahan-lahan dengan tidak membebankan lagi pergerakan di bahagian tersebut.
3.Ahli sukan seperti pemain golf dan tenis lebih cenderung mendapat disc tergelincir andai tidak menggunakan pergerakan yang betul. Misalnya ketika melakukan hayunan, bahagian yang perlu berputar adalah pinggul bukannya pinggang.
4.Senaman regangan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Jika dilakukan dengan kasar, sedikit demi sedikit bahagian disc akan tercedera.
5.Senaman dan bersukan mengikut cara yang betul membantu menguatkan tulang.
6.Beri peluang badan untuk sembuh secara semula jadi.
7.Tilam berjenama mahal yang dikatakan mampu melegakan sakit belakang belum tentu berkesan. Secara asasnya, tilam tersebut memadai berkeadaan baik dan tidak menyebabkan badan kita tenggelam ketika baring di atasnya.
8.Pengambilan kalsium melalui suplemen dan makanan tidak menjamin mencegah disc tergelincir. Ia membantu mencegah osteoporosis (ketumpatan tulang merosot).
9.Rawatan alternatif seperti akupuntur hanya membantu mengurangkan rasa sakit kerana ia menghalang aktiviti saraf. Namun, pesakit boleh mencuba terutama jika melibatkan kecederaan gred ringan.

Monday, May 24, 2010

LUAR KAMPUS 1996- 2001


MOHD.OSMAN BIN SATIMAN
NO.PELAJAR : 96421597 
FAKULTI MEDIA MASSA(PERHUBUNGAN AWAM), 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 
SHAH ALAM
TAHUN 1996-2001


Gambar Para Pelajar Semasa Projek Anak Angkat Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
(CUBA CARI SAYA???)


Wednesday, May 19, 2010

TUGASAN

Semasa pelancaran Kelab Motor Kastam Selangor pada 2000.

Semasa PATKOR di Pelabuhan Klang pada 2001

MENGAPA MESTI DENGAN MYMOFIT BEKAM

 1     CERTIFIED THERAPY 2.     BEST PRACTISE 3.     HYGIENE IN CARE 4.     SIJIL PERTAULIAHAN SKM 3 HUBUNGI  TERAPI ANDA : TENGKU OSMAN DI ...

MOFIT THERAPY